Kudis Buta atau terma perubatannya, “SCABIES” ada sejenis jangkitan pada permukaan kulit yang disebabkan oleh sejenis kutu.
Kutu ini dinamakan Sarcoptes Scabiei.
Dewasa mahupun kanak-kanak tidak terlpeas dari jangkitan ini.
Scabies atau kudis buta tersebar apabila seseorang itu mempunyai “direct contact” secara berterusan dengan kutu ini.
Ia bukanlah masalah yang disebabkan kurang tahap kebersihan, tetapi ia dilihat cenderung di tempat-tempat seperti asrama dan penjara.
Kudis buta juga sangat cepat merebak dikalangan seisi keluarga. Individu yang berimuniti rendah juga lebih berisi dijangkiti kudis buta.
Ada satu lagi jenis Scabies, dikenali sebagai Crusted scabies atau Norwegian scabies, yang mana boleh ada sehingga beribu ekor kutu Sarcoptes scabiei var hominis
Jumpa doktor yang berdekatan untuk pemeriksaan. Gejala-gejala atau tanda-tanda ruam scabies sudah cukup untuk doktor mengenalpasti kudis buta.
Ada kala doktor akan menggunakan satu alat yang dinamakan “Dermascope” untuk melihat ruam skudis buta dengan lebih jelas.
Ubat-ubatan anti-kudis buta
Ia biasanya perlu dipakai satu atau dua malam (berterusan) bergantung pada jenis preskripsi yang diberi. Ubat ini dalam bentuk losyen.
Ubat krim sapu dan biji juga ada diberi, bari mengurangkan gatal. Jika terdapat nanah, antibiotik perlu diberi terlebih dahulu sebelum memulakan rawatan anti-kudis buta.
Satu pekara penting, jika salah seorang dari ahli keluarga dijangkiti kudis buta, maka adalah wajar untuk doktor untuk merawat seluruh ahli keluarga kerana ia sangat mudah berjangkit. Rawatan tetap diberi walaupun ahli yang lain tiada tanda gatal atau ruam kemerahan.
Harap info ini dapat sedikit sebanyak memberi gambaran tentang SCABIES aka KUDIS BUTA