

Skin tag atau tag kulit diperbuat daripada gentian kolagen dan saluran darah yang dikelilingi oleh kulit yang dikenali dengan nama saintifiknya seperti acrochordon, papilloma kulit, polip fibroepithelial, atau fibroma molluscum.
Ia cenderung kepada obesiti, kehamilan, orang yang lebih tua serta orang yang mempunyai diabetes jenis 2.
Biasanya tag kulit tumbuh di lipatan kulit dan pada lazimnya berlaku sekiranya paras kolesterol atau tekanan darah berada pada paras yang tinggi.
Namun punca skin tag dikaitkan dengan rintangan insulin dan peningkatan protein C-reaktif sensitif tinggi, penanda keradangan, yang juga menawarkan tanda luaran peningkatan risiko rintangan insulin, sindrom metabolik, aterosklerosis dan penyakit kardiovaskular.
Walaupun demikian, tag kulit sering di ambil mudah disebabkan oleh saiznya yang kecil. Ramai yang terjebak dengan aksi untuk menghilangkan tag kulit sendiri.
Hal ini boleh mencetuskan randangan pada kulit akibat lecet dan kerengsaan akibat kulit bergesel yang boleh mengakibatkan luka dan infeksi. Penting untuk mengetahui penyebab timbulnya tag kulit untuk memastikan cara tepat untuk merawatnya.
Rujukan klinik kulit dan klinik estetik dapat membantu untuk menerapkan cara yang betul untuk menghilangkan tag kulit.

Skin Tag
Skin tag adalah pertumbuhan ovoid berwarna kulit, coklat, dan juga merah yang sering bertangkai dan melekat pada tangkai berisi. Tag kulit adalah bersaiz kecil, antara 1 dan 5 mm, dan jarang tumbuh melebihi 1 hingga 2 sentimeter.
Skin tag adalah pertumbuhan kecil bukan kanser yang mempunyai warna yang sama seperti kulit yang berkelihatan seperti sekumpulan tisu kulit yang memanjang keluar dari batang kecil. Ia kadangkala lebih gelap dan mungkin menyerupai tahi lalat timbul.
Kebanyakan skin tag adalah antara 1-5 mm, tetapi ada yang boleh membesar sehingga beberapa sentimeter.
Skin tag boleh muncul di mana-mana bahagian badan, terutamanya di bahagian badan yang sering bergesel dengan kulit atau pakaian.
Ia biasanya boleh didapati di kawasan seperti leher, ketiak, pangkal paha atau di bawah bahagian dada, juga boleh tumbuh pada kelopak mata atau di bawah lipatan punggung.
Ia lebih bersifat licin dan lembut manakala ketuat secara fizikalnya lebih kasar dengan permukaan yang tidak sekata.
Skin tag tampil secara berketul-ketul dan kelihatan seakan tergantung pada kulit, berbanding ketuat yang biasanya timbul dalam jumlah yang sedikit dan kelihatan seakan ia berada dalam kulit dan tidak tergantung.
Gejala Skin Tag
Kebanyakan skin tag tidak menyakitkan dan tidak menyebabkan sebarang gejala. Tetapi jika ia tergesel pada pakaian atau barang kemas, ia mungkin akan sakit dan berdarah.
Namun ia mudah tercetus pertumbuhannya pada kulit dalam keadaan diabetik, sindrom metabolik (tekanan darah tinggi, lemak tambahan di sekeliling pinggang anda atau paras kolesterol tidak sihat), atau saudara sedara yang mempunyai tanda kulit.
Rawatan Skin Tag

1. Laser
Rawatan melibatkan penggunaan pancaran laser untuk memanaskan dan memusnahkan saluran darah sempit yang membekalkan darah kepada skin tag.
Tujuannya adalah untuk menghalang sel kulit daripada membiak.
Skin tag dipanaskan dan dimusnahkan menggunakan pancaran laser.
Rawatan ini adalah kaedah yang paling berkesan dan tidak menyakitkan. Pasca pemulihan yang paling cepat berbanding kaedah lain dalam hanya satu sesi tunggal sahaja.

2. Cryosurgery
Dalam cryotherapy, doktor menyemburkan nitrogen cecair menggunakan muncung kecil pada tag kulit untuk “membekukannya”.
Bahan ini sangat sejuk dan akan memusnahkan sel-sel di lapisan atas kulit.
Kaedah ini sangat menyakitkan, oleh itu ubat kebas akan digunakan pada kawasan yang perlu sahaja.
Cara lain yang diguna pakai adalah berbeza iaitu dengan mencelupkan kapas dalam nitrogen cecair dan kemudian menahannya pada tag kulit selama beberapa saat.
Rawatan ini adalah mahal dan perlu diulang beberapa kali, dengan tempoh rehat sekurang-kurangnya satu minggu antara setiap sesi. Bahan kimia ini akan menyebabkan terbentuknya lepuh iaitu tisu-tisu mati di sekeliling tag kulit dalam masa seminggu atau lebih. Tambahan pula, rawatan ini boleh menyebabkan parut.

3. Cautery
Membakar skin tag dengan menggunakan elektrolisis. Skin tag boleh ditanggalkan secara kekal dengan elektrolisis diatermi.
Elektrolisis merujuk kepada penggunaan elektrik demi menanggalkan lebihan tisu pada kulit (skin tag) melalui proses kimia.
Risiko menghasilkan parut selepas elektrolisis adalah lebih tinggi berbanding prosedur laser.
Proses ini disarankan dirawat oleh perubatan profesional untuk menjamin keselamatan dan keberkesanan.
Kesimpulan
Keberadaan skin tag umumnya tidak mengganggu dan tidak berbahaya, sehingga tidak memerlukan penanganan khusus walaupun punca skin tag boleh tercetus dalam keadaan kesihatan yang kurang memuaskan.
Namun, berkonsultasi dengan doktor bertauliah dapat mengurangkan risiko parut jika dilakukan dengan betul oleh pakar klinik kulit atau klinik estetik dan menggunakan mesin dengan kelulusan FDA.