Sejenis alahan pada kulit, akibat kontak dengan serangga spesies “ROVE BEETLE” atau nama yang sering digunakan oleh masyarakat di Malaysia, Charlie !
Charlie ini sangat sukakan cahaya. Ia mempunyai warna yang menarik, iaitu hitam dan oren.
Adakah ia menyengat? Jawapannya TIDAK. Habis macam mana pulak boleh dapat alahan?
Kebiasaannya, serangga ini akan hinggap pada pada atau bahagian kulit kita. Jadi, jika kita menepuk atau memicitnya, ia akan mengeluarkan sejenis cecair, yang mana apabila terkena pada kulit kita, akan menyebabkan tindak balas alahan pada kulit
Alahan ini agak teruk, dan ia lebih rasa pedih daripada gatal.
Selepas beberapa hari, ruam semakin membesar. Susulannya, akan kelihatan bintik-bintik kekuningan diatas permukaan kulit yang merah. Ini ialah “pustules””, iaitu biji-biji kecil yang mengandungi nanah.
1. Sentiasa pastikan tingkap rumah dan pintu ditutup rapat
2. Jangan kita memicit atau menepuk serangga ini jika kelihatan pada badan kita
3. Sediakanlah kelambu jika terdapat banya serangga kawasan rumah anda
1. Krim anti-alahan bagi mengurangkan radang pada kulit
2. Tablet anti – alahan
3. Antibiotik sekiranya ada jangkitan kuman
4. Ubat tahan sakit, jika perlu
Saranan kami, jumpalah doktor berdekatan untuk pemeriksaan dan rawatan. Inilah yang terbaik!