Psoriasis ini sejenis penyakit radang kulit kronik. Ia diklasifikasi kepada beberapa jenis.
Persoalannya bahayakah Psoriasis? Boleh berjangkit atau tidak? Boleh sembuh atau tidak?
Jom sama-sama kita baca tentang Psoriasis.
Lelaki dan perempuan dua-dua berisiko.
Boleh bermula seawal usia kanak-kanak, majoriti dalam lingkunyan umur 15-25 tahun dan 50-60 tahun.
Sekiranya anda disahkan menghidapi Psoriasis, ia akan ada bersama anda seumur hidup, itulah istilah KRONIK.
Cumanya ia penyakit yang boleh dikawal.
Psoriasis dikategorikan dalam penyakit yang berkaitan dengan “AUTOIMMUNE”. Yakni ia ada kaitan dengan genetik individu tersebut. Gen HLA-Cw6 berkait rapat dengan penyakit ini, jadi boleh ada faktor keturunan untuk Psoriasis.
Kenapa rupa kulit berkeping, kemerahan, bersisik?
Untuk jawapan soalan ini, anda perlu tahu dulu kitaran hidup kulit. Kulit mengambil masa lebih kurang 21 hari untuk diganti dengan kulit baru.
Namun bagi pesakit Psoriasis, kitaran kulit ini menjadi lebih pendek, sehingga hanya 7 hari. Jadi kerana kulit lama tidak sempat diganti kulit baru, ia akan berada pada lapisan luar kulit.
Pekara ini berulang-ulang, menjadikan kulit lama berlapis-lapis, kemerahan dan bersisik (kulit mati).
Pesakit Psoriasis juga selalu mengalami masalah sakit-sakit sendi, radang usus (inflammatory Bowel Disease), radang mata (Uveitis), dan sindrom Metabolik (Darah tinggi, Kolestrol tinggi, Obesiti, Kencing Manis)
Tanda-tanda kulit Psoriasis dan dibantu dengan biopsy kulit boleh memberi doctor gambaran jelas untuk memberi diagnosis Psoriasis
“Auspitz sign” ada anda kaedah yang dilakukan oleh doctor untuk mendiagnose Psoriasis
Doktor akan mengasingkan kulit-kulit mati daripada lapisan kulit Psoriasis. Ini akan menyebabkan bintik-bintik merah (bleeding point) kelihatan, yang mana hanya boleh dilihat pada kulit Psoriasis
Psoriasis adalah penyakit kronik. Jadi pesakit perlu faham yang selepas rawatan dijalankan, rawatan susulan adalah WAJIB.
Ini kerana ia akan berulang walaupun rawatan yang diberi pada awalnya telah berkesan, yakni hingga tiada langsung sebarang tanda-tanda kulit Psoriasis.
Pertama sekali, elakkan daripada melakukan pekara-pekara yang boleh menyebabkan Psoriasis bertambah teruk
*Rujuk faktor-faktor yang menyebabkan Psoriasis bertambah teruk.
Kedua, ubat krim/losyen/ointment. Terdapat beberapa jenis ubat topical atau ubat sapu yang sesuai diberi